Semlam aku pergi interview Pen Pegawai Tadbir di Putrajaya, so entry kali ini aku nak kongsi soalan yang di tanya oleh panel sewaktu interview. Harap sedikit sebanyak boleh membantu hampa untuk membuat persiapan untuk interview.
Soalan yang aku di tanya waktu interview ialah :
1-Perkenalkan diri
- Nama
- Asal
- Bidang, Universiti
- Skop bidang Ijazah dan Diploma
- Sekarang kerja apa? Skop Bidang Kerja
2- Panel 1
- Kenapa nak kerja kerajaan?
- Perancangan dalam masa 10 tahun akan datang
- Kelebihan
- Cita-cita
- Kenapa saya perlu ambil kamu bekerja?
3- Panel 2
- Bidang tugas Penolong Pegawai Tadbir
- Isu Semasa
- Pilih Penempatan mana jika di beri peluang berkhidmat
Aku doakan semoga ALLAH permudahkan urusan kita. Amin. semoga kita sama-sama berjaya agar dapat memberi sumbangan kepada ummah. InsyaALLAH
dapat x cik?
ReplyDelete