Tuesday, 24 January 2017

ONLINE PTD STAGE 1

ASSALAMUALAIKUM,


Hari ini aku nak kongsi pengalaman ambil ujian online PTD. Lepas habis belajar aku update aku punya SPA jawatan-jawatan untuk degree. Ingat kita hanya di benarkan memilih 15 jawatan sahaja utuk semua peringkat.Aku pilih 8 jawatan untuk diploma 4 jawatan untuk degree. Pastikan update maklumat hampa dengan betul. Jika  salah mengisi maklumat memang tidak akan dapat panggilan online exam ataupun temuduga. Ini telah berlaku kepada dua orang sahabat aku dimana mereka tidak mengisi maklumat diploma. Jadi terlepaslah untuk exam online PTD. InsyaALLAH aku doakan mereka akan dipanggil untuk next siri.

Di dalam online exam terdapat dua bahagian yang perlu di jawab iaitu pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah. Bentuk soalan ialah soalan objektif. Terdapat 40 soalan untuk setiap bahagian. Pengetahuan am calon di beri masa menjawab 40 minit manakala untuk soalan daya menyelesaikan masalah calon di beri masa dalam masa 45 minit. Pengurusan masa adalah penting ketika menjawab soalan-soalan ini. Masa memang  tak cukup, jadi hampa tak boleh nak tumpu setiap satu soalan lama sangat.

Tips untuk menjawab soalan ptd, untuk pengetahuan am rajin-rajinla google dasar-dasar kerajaan, kementerian dan peranan kementerian, isu semasa dan pasal sejarah malaysia. Aku dulu baca nota-nota pengajian am. Sangat membantu. Sila rujuk link ni, aku pon rujuk link ini jugak hari tu. semoga ALLAH merahmati org yang kumpul solan-soalan ini. Sebab ada juga soalan-soalan dalam link ni naik waktu exam hari tu.
https://www.facebook.com/media/set/set=a.968139149905907.1073741835.100001294940965&type=3&__mref=message_bubble

Tips untuk daya menyelesaikan masalah, kena paham konsep, ingat formula matematik yang hampa belajar waktu sekolah menengah. Bagi aku susah juga bahagian ini sebab dia menguji kita untuk menyelesaikan masalah matematik.Tambahan pula, masa adalah suntuk. Contoh soalan adalah seperti di bawah.



Yang ini sahaja yang aku dapat kongsi untuk tips online exam. Harap info-info ini dapat memberi manfaat untuk hampa semua dan berjaya dalam online exam. Amin. Nanti aku updates pulak tips untuk Second Stage iaitu PAC. Semoga berjaya guys.

No comments:

Post a Comment