Sunday, 19 February 2017

PTD ASSESSMENT CENTRE (PAC)

DAY 1

Pukul 6.20 pagi aku bertolak dari presint 5 ke Institut Kemajuan Desa (INFRA), sepuluh minit sebelum pukul 7.00 aku sampai di INFRA. Semua peserta di kehendaki membuat pendaftaran dan mengambil nombor badan dan bergerak ke dewan.

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

 Ada 5 station yang kena lepas

  1.  BMI 19-29 & Blood Pressure. Dekat sini 
  2. Ujian genggaman tangan
  3.  Ujian Duduk dan jangkau
  4.  Ujian bangun tubi
  5. Ujian larian ulang alik 20 meter( Bleep test)
BMI

First, syarat lulus BMI, mesti dalam range 19-29. Aku punya tempat kalau terlebih BMI urusetia suruh balik. Tapi kalau nak teruskan juga urusetia tak paksa. tapi anything happen tanggung sendiri. Krik..krik..Selepas check BMI, kena pergi check bp pulak. Pastikan waktu check blood pressure hampa jangan nervous sangat sebab bila nervous akan buat bp hampa tinggi. RELAX & SMILE.

Ujian genggaman tangan



Untuk ujian genggaman tangan, peserta kena pegang alat ni, tarikh nafas dan genggam dengan sekuat hati.Bacaan urusetia akan record selepas hampa genggam sekuat hati tu. Tahap baik atau lemah boleh refer jadual bawah. Urusetia bagi peluang dua kali, dia akan record keputusan yang paling bagus. Baik kan. Kalau bacaan first tak tinggi, peluang kedua buat betul-betul. Never give up!

 
Ujian Duduk dan jangkau



Untuk ujian duduk jangkau, boleh refer gambar dekat bawah. Macam tu la kena buat.Tahap baik atau lemah boleh refer jadual bawah. Urusetia bagi peluang dua kali, dia akan record keputusan yang paling bagus.




    Ujian bangun tubi

    Waktu ujian bangun tubi aku macam down jugak sebab apa yang aku praktik tak sama dengan waktu ujian. aku buat yang terbaik ja. Untuk ujian bangun tubi boleh rujuk gambar bawah. Posisi macam tu la waktu ujian PAC lepas dimana peserta kena sentuh line nombor 2, tangan xboleh angkat. Untuk better understanding boleh tengok youtube ea. Ujian ini selama 1 minit.

    Ujian larian ulang alik 20 meter( Bleep test)

    ujian bleep test ni, untuk perempuan dia ada 5 level. setiap 1 level kena ulang alik 8 kali. sumpah penat aku sampai nak cramp kaki. level 1 tu masa dia panjang sikit. Semakin tinggi level masa semakin singkat so hampa kena lari lagi laju sebelum isyarat beep bunyi. Tapi aku hari tu sampai level 3 ulang alik yang keenam, aku xmampu dah nak lari.

    Selepas selesai semua ujian ni, semua peserta di jemput makan tengahari, urusetia memaklumkan pada pukul 1.45 petang semua peserta kena berkumpul di dewan untuk mengambil keputusan ujian UKJK. Kalau lulus boleh teruskan ujian-ujian seterusnya. Kalau tak lulus, kena balik rumah. Alhamdulillah aku lulus UKJK. Tips untuk hampa setiap dari 5 ujian buat yang terbaik, kalau 1 ujian hampa x perform jangan putus asa, pulun ujian-ujian yang lain sebab depa total up semua markah.


    Semua peserta yang lulus UKJK di kehendaki mengambil ujian bertulis pulak dalam bahasa melayu dan english. Tajuk essay aku dah lupa, short memory betul. Tapi yang aku ingat cara menjaga harta benda awam. lepas tu ada soalan pasal ASEAN xsilap. Aku xjawab soalan tu. Aku jawab cara menjaga harta benda awam iaitu soalan yang lebih KBKK supaya aku boleh jawab ikut logik akal aku. Selepas jawab ujian bertulis semua peserta di kehendaki pergi ke dewan untuk ujian psikologi. Peserta di bahagikan dalam kumpulan di mana sewaktu ni peserta perlu bekerjasama antara ahli kumpulan. Satu kumpulan ada 9 orang peserta. waktu ujian psikologi semua peserta di kehendaki membuat bangunan menggunakan spagetti dan plasticine mengikut kriteria-kriteria yang di tetapkan. selepas ujian psikologi semua peseta di minta mencabut undi untuk tajuk pengucapan awam dan public speaking. tajuk pengucapan awam aku ialah " Memupuk Kesedaran Sivik dalam kalangan masyarakat" dan untuk public speaking ialah "Nurturing reading habit among Malaysian.  jadi balik tu aku ada laa masa even rasa limited time sebab waktu aku balik  tengah prepare dua essays aku tertido. 1 pagi baru aku bangun untuk draft kedua-dua essays itu. masa yang di peruntukkan ialah 5 minit.

    DAY 2

    Untuk hari kedua semua peserta di kehendaki memakai pakaian formal. Ujian untuk hari kedua ialah pengucapan awam, public speaking, perbincangan dalam kumpulan bahasa melayu dan bahasa inggeris. jangan risau untuk public speaking dan pengucapan awam present dalam group member je dan ada dua panel. tapi panel yang akan pick up randomly siapa yang kena present. untuk discussion bahasa melayu dan bahasa inggeris group member kena discuss 1 jam. topik yang kami dapat waktu discussion group bahasa melayu dan bahasa inggeris ialah "KESAMARATAAN GENDER" dan "ESTABLISHING CHILD CARE CENTRE IN GOVERNMENT PREMISES". 

    Tips untuk public speaking dan pengucapan awam
    1. Confident
    2. Greeting and smiles
    3. Ada idioms dalam hampa punya 
    4. hafal point
    5. kalau takut lupa point bawa nota kecil sebesar tapak tangan. kalau boleh xpayah bawak nota kecil langsung
    6. pengucapan awam haruslah mempunya intro, body dan conclusion
    Tips untuk discussion group bahasa melayu dan bahasa inggeris
    1. Lantik seorang leader untuk lead group
    2. bincangkan perkara-perkara yg out of the box. 
    3. link with current issues and latest policy by our government

    Lepas habis PAC semua calon di kehendaki menjawab ujian psikologi secara online. terdapat 400 soalan yang perlu di jawab. 

    Good luck semua. semoga ALLAH permudahkan urusan kita. InsyaALLAH.




    Tuesday, 7 February 2017

    INTERVIEW PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

    ASSALAMUALAIKUM..

    Semlam aku pergi interview Pen Pegawai Tadbir di Putrajaya, so entry kali ini aku nak kongsi soalan yang di tanya oleh panel sewaktu interview. Harap sedikit sebanyak boleh membantu hampa untuk membuat persiapan untuk interview.

    Soalan yang aku di tanya waktu interview ialah :

    1-Perkenalkan diri

    • Nama
    • Asal
    • Bidang, Universiti
    • Skop bidang Ijazah dan Diploma
    • Sekarang kerja apa? Skop Bidang Kerja
    2- Panel 1
    • Kenapa nak kerja kerajaan?
    • Perancangan dalam masa 10 tahun akan datang
    • Kelebihan
    • Cita-cita
    • Kenapa saya perlu ambil kamu bekerja?

    3- Panel 2
    • Bidang tugas Penolong Pegawai Tadbir
    • Isu Semasa
    • Pilih Penempatan mana jika di beri peluang berkhidmat

      Aku doakan semoga ALLAH permudahkan urusan kita. Amin. semoga kita sama-sama berjaya agar  dapat memberi sumbangan kepada ummah. InsyaALLAH