Tuesday, 24 January 2017

ONLINE PTD STAGE 1

ASSALAMUALAIKUM,


Hari ini aku nak kongsi pengalaman ambil ujian online PTD. Lepas habis belajar aku update aku punya SPA jawatan-jawatan untuk degree. Ingat kita hanya di benarkan memilih 15 jawatan sahaja utuk semua peringkat.Aku pilih 8 jawatan untuk diploma 4 jawatan untuk degree. Pastikan update maklumat hampa dengan betul. Jika  salah mengisi maklumat memang tidak akan dapat panggilan online exam ataupun temuduga. Ini telah berlaku kepada dua orang sahabat aku dimana mereka tidak mengisi maklumat diploma. Jadi terlepaslah untuk exam online PTD. InsyaALLAH aku doakan mereka akan dipanggil untuk next siri.

Di dalam online exam terdapat dua bahagian yang perlu di jawab iaitu pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah. Bentuk soalan ialah soalan objektif. Terdapat 40 soalan untuk setiap bahagian. Pengetahuan am calon di beri masa menjawab 40 minit manakala untuk soalan daya menyelesaikan masalah calon di beri masa dalam masa 45 minit. Pengurusan masa adalah penting ketika menjawab soalan-soalan ini. Masa memang  tak cukup, jadi hampa tak boleh nak tumpu setiap satu soalan lama sangat.

Tips untuk menjawab soalan ptd, untuk pengetahuan am rajin-rajinla google dasar-dasar kerajaan, kementerian dan peranan kementerian, isu semasa dan pasal sejarah malaysia. Aku dulu baca nota-nota pengajian am. Sangat membantu. Sila rujuk link ni, aku pon rujuk link ini jugak hari tu. semoga ALLAH merahmati org yang kumpul solan-soalan ini. Sebab ada juga soalan-soalan dalam link ni naik waktu exam hari tu.
https://www.facebook.com/media/set/set=a.968139149905907.1073741835.100001294940965&type=3&__mref=message_bubble

Tips untuk daya menyelesaikan masalah, kena paham konsep, ingat formula matematik yang hampa belajar waktu sekolah menengah. Bagi aku susah juga bahagian ini sebab dia menguji kita untuk menyelesaikan masalah matematik.Tambahan pula, masa adalah suntuk. Contoh soalan adalah seperti di bawah.



Yang ini sahaja yang aku dapat kongsi untuk tips online exam. Harap info-info ini dapat memberi manfaat untuk hampa semua dan berjaya dalam online exam. Amin. Nanti aku updates pulak tips untuk Second Stage iaitu PAC. Semoga berjaya guys.

Monday, 9 January 2017

Don't Give Up, Closer to Allah.


Assalamualaikum



Allah sentiasa bersama kita. Apabila kita semakin dewasa semakin banyak benda tempuh. Aku hanya ingin berkongsi pengalaman aku selepas tamat degree. Bagi aku tersangatlah mencabar bagi seorang insan kerdil seperti aku. Aku masih bertatih mencari diri sendiri. Masih belajar mengenal erti sebuah kehidupan. Setelah  tamat belajar, aku bekerja part time di kedai kasut. Setelah kedai kasut berpindah outlet aku mencari kerja di kedai cermin mata. Di sinilah  tempat aku belajar erti sebuah kesusahan. Sebelum ni aku berada di zon selesa. Sejak aku bekerja di kedai cermin mata. Rakan sekerja aku adalah semua Chinese. Aku perlu face new environment new people new working place. Rakan sekerja aku baik alhamdulillah. Kadang-kadang aku kena buli jugak. Haha Insan bernama ainn memang selalu kena buli.





Aku perasan sejak aku kerja di sini aku mempunyai toxic thinking di mana aku sentiasa berfikiran negatif. Aku rasa semangat positif  aku yang dulu semakin luntur hari ke hari.Aku banyak persoalkan WHY? WHY? dalam diri. Setelah sebulan kerja di cermin mata, aku mendapat offer bekerja.Alhamdulillah.Perasaan aku tersangatlah  gembira dan bersyukur. Setelah bekerja di sana aku mengalami stress yang membuatkan aku teramat down. Aku sedar aku banyak mengeluh. Aku tak mensyukuri nikmat yang Allah bagi. Orang lain bermatian- matian untuk mendapat kerja. Meroyan jugaklaa dengan kerja. Aku banyak mengadu masalah aku kepada sahabat-sahabatku. Selepas dengar ceramah dari kawan-kawan, aku positif sekejap. Rasa syaiton nirrojim menghasut aku untuk sentiasa berfikir negatif banyak-banyak.Alhamdulillah sewaktu aku down Allah hadirkan family , sahabat2 yg disamping yg tak jemu bagi nasihat dan kekuatan. Rasa waktu tu diri sendiri berada at the lowest point. Hilang semua positif dalam diri. Aku  kena face new people , new environment and new working place. Ulang alik putrajaya-kl. Ambil masa 2 jam p kerja dan 2 jam balik kerja. Aku kena bangun pukul 5 pagi hari-hari. Aku akan sampai rumah dalam pukul 8 malam. Aku sedar aku mengalami mental breakdown. 

Aku bermonolog dalaman dan muhasabah diri sampai bila aku nak down macam ni. Aku bertekad untuk transform diri dan  nak buang semua toxic thinking dalam diri.Aku download video-video yang positif. Otw nak pergi balik kerja aku dengar audio2 tu. Aku banyak berkomunikasi dengan Allah. Bila aku penat down semua. Aku cakap dengan Allah. Aku cakap dengan pokok-pokok burung-burung , ikan-ikan doakan urusan aku dipermudahkan. 




After 1 month work ,I'm survived. Happy jaa pergi balik kerja almost 4 hours. Haha Alhamdulillah. To those friends baru  starting new working life, bersabar banyak2. Kalau rasa down sgt download audio video yang positif banyak2 untuk positif diri. Banyak dekat dan berkomunikasi dengan Allah. InsyaAllah kita akan dapat satu ketenangan yang luar biasa dan wujud aura positif dalam diri. REMEMBER, no one can change your life except for you. MORE closer to ALLAH and tell everything to Him.  It is more worth when you share your problem with ALLAH. ALLAH is the best listener.



New Year Resolutions

Assalamualaikum,

It is not too late to wish Happy New Year everyone. We are still in January month so I'm not too late isn't it.  When it comes to New Year normally all people around the globe have some wishes to be fulfilled. Same goes to me. Below are my wish lists for this year.







I hope all of us try our best to fulfil our wishes and dream. Remember, no one will change your life except for you. Never forget to put ALLAH in our heart in any circumstances and believe you will find the truth of happiness in our life.